Utama > BAHAGIAN / UNIT > PENGURUSAN MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK

PENGURUSAN MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK

Fungsi dan peranan Pentadbiran Masjid Jamek

Bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan pentadbiran di Masjid Jamek Negeri Sarawak dari segi keselamatan dan keselesaan para jemaah, pelajar Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub, pelajar Pusat Kecemerlangan MASJA-SA, kakitangan LAKMNS dan para pengunjung atau pelawat Masjid Jamek Negeri Sarawak

Bertanggungjawab mengadakan program-program keagamaan dan Perayaan Islam di peringkat LAKMNS atau Negeri Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak

Bertanggungjawab menerima kunjungan-kunjungan para pelawat atau pihak luar dan memberi penerangan berkenaan Masjid Jamek Negeri dan pentadbirannya.

Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan di sekitar kawasan Masjid Jamek Negeri Sarawak termasuk Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub dan rumah-rumah kakitangan.

Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Kuching.

Bertanggungjawab memantau dan mengawal selia unit-unit berikut :-

i. Unit Keselamatan

ii. Unit Penyelaras Kegiatan

iii. Unit Penyelenggaraan

Dalam bahagian ini