Utama > PROFIL LAKMNS > FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN DI LAKMNS

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN DI LAKMNS

BAHAGIAN KORPORAT DAN PENGURUSAN

  • Bertanggungjawab untuk mengurus keseluruhan pentadbiran di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak termasuk melaksanakan Dasar dan Polisi.
  • Bertanggungjawab sebagai penghubung di antara LAKMNS dengan pihak luar.
  • Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program dan aktiviti utama LAKMNS
  • Bertanggungjawab memantau dan mengawalselia unit-unit dibawahnya.

FUNGSI DAN PERANAN UNIT DI BAWAH  BAHAGIAN KORPORAT DAN PENGURUSAN DI LAKMNS

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia seperti pengambilan kakitangan, pemberhentian kakitangan, prestasi kakitangan, gaji kakitangan, kebajikan kakitangan dan cuti kakitangan.
  • Bertanggungjawab terhadap pembangunan sumber manusia seperti kursus, seminar, latihan dan sebagainya.

PENTADBIRAN MASJID JAMEK

  • Bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan pentadbiran di Masjid Jamek Negeri Sarawak, keselamatan dan keselesaan para jemaah, pelajar-pelajar tuisyen dan para pelawat.
  • Bertanggungjawab menerima kunjungan daripada pelbagai pihak.
  • Bertanggungjawab mengadakan majlis-majlis anjuran Kerajaan Negeri Sarawak.
  • Bertanggungjawab memantau dan mengawal selia lima (5) buah unit iaitu:-
  1. Unit Pendidikan
  2. Unit Penyelaras Kegiatan
  3. Unit Keselamatan
  4. Unit Penerbitan
  5. Unit Penyelenggaraan

Dalam bahagian ini