Utama > MEDIA > PROGRAM TERKINI > Program Az-Ziarah (Mufti bersama masyarakat)

Program Az-Ziarah (Mufti bersama masyarakat)

Program Az-Ziarah (Mufti bersama masyarakat) yang berlangsung di Masjid Daerah Lawas, Lawas pada 12 Febuari 2011, pada jam 6.00 petang, program tersebut adalah ajuran Pejabat Mufti Negeri Sarawak dan pihak LAKMNS telah diundang untuk bersama-sama menjayakannya.

Disamping mengikuti program Mufti Bersama Masyarakat tersebut pihak rombongan telah membuat lawatan silaturahim ke Masjid Daerah Lawas tersebut pada sebelah pagi sabtu (12/02/2011). Dalam pertemuan tersebut pihak LAKMNS telah berkongsi maklumat tentang programprogram yang dijalankan oleh pihak LAKMNS kepada Imam Masjid Daerah Lawas. Antara perkara-perkara yang diterangkan kepada Imam Masjid daerah tersebut adalah berhubung tentang kelas tuisyen dan Ma’had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub yang sedang berjalan di bawah kelolaan pihak LAKMNS. Turut diterangkan kepada imam tersebut adalah tentang program Maal Hijrah dan pihak Masjid Daerah Lawas menyatakan akan menyertai program tersebut sekiranya berpeluang dan sekiranya mendapat jemputan rasmi dari pihak LAKMNS. Hasil perjumpaan tersebut beberapa data dan maklumat berhubungan Masjid Daerah Lawas telah di perolehi, antaranya;

a) Masjid Daerah Lawas siap pada tahun 2007.
b) Masjid boleh memuatkan seramai 2000 jemaah dalam satu masa.
c) Masjid juga dilengkapi dengan pejabat imam, bilik mesyuarat dan bilik musafir.

Dalam pertemuan tersebut pihak rombongan telah menyampaikan beberapa maklumat kepada Imam Masjid Besar Limbang tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Masjid Jamek. Antaranya ialah Kelas Tuisyen dan Ma’had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub yang sedang dijalankan di Masjid Jamek. Dan pihak rombongan turut mempromosikan program Maal Hijrah yang akan diadakan di Masjid Jamek, dan Imam Masjid Besar Limbang telah menyatakan berminat dan berjanji akan mengikuti program tersebut jika berkesempatan.